Assalamualaikum

Laman ini sekadar membantu mempromosikan permohonan sumbangan derma untuk pembangunan masjid, surau, madrasah dan lain-lain.

Sumbangan derma adalah terus kepada pihak yang memohon sumbangan, bukannya melalui pengurusan laman web ini. Kami hanya sekadar membantu menyiarkan rayuan derma dan tidak terlibat dalam mana-mana urusan mengutip derma.

"sumbanglah untuk pembangunan ummah"

Terima kasih.

Rayuan Derma Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh

Assalamualaikum

Kami AJK Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh sedang membina bangunan untuk dijadikan sebagai tempat anak-anak mempelajari Al-Quran iaitu belajar membaca, menghafaz dan memahami isi kandungan Al-Quran. Kami berhasrat untuk menjadikannya sebagai pusat pendidikan Al-Quran yang moden, iaitu menggunakan kaedah pendidikan yang moden dan peralatan atau teknologi pendidikan yg moden, dengan harapan anak-anak dapat belajar dgn berkesan dan cepat.

Cita cita kami ialah untuk menyediakan tempat dan peluang kepada semua anak-anak yang berminat dgn pengajian al-quran samada yang kaya atau miskin.

Dengan sokongan dan sumbangan derma daripada orang ramai, bangunan ini telah siap dibina lebih kurang 80%. Bangunan ini terdiri dari dua tingkat dgn keluasan 30 X 120 X 2 iaitu 7200 kaki persegi. Anggaran belanja awalnya ialah Rm350,000.00. Untuk menyiapkan semuanya kami memerlukan kira-kira RM150,000.00 lagi. Oleh itu kami merayu kepada muslimin dan muslimat, para dermawan memberi sumbangan ikhlas. Mudah-mudahan dengan sumbangan muslimin dan muslimat sekelian bangunan madrasah ini dapat disiapkan dgn segera.

Sekian, terima kasih.

Wassalam



Sumbangan derma sama ada wang tunai, atau cek atas nama “Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Tok Junoh”.
No. Akaun 03 - 018 - 01 - 009682 - 3
Bank Islam (BIMB)
Cawangan Kubang Kerian
Kota Bharu Kelantan

Hj. Wan Yusoff Bin Wan Abdullah
Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quran
Kg. Tok Junoh, Bachok,
Kelantan
Tel: 019 912 3575




Video rayuan dari Pengerusi Madrasah;

Gambar-gambar pembinaan madrasah;


(Gambar pembinaan madrasah 14 mac 2007)

(Gambar pembinaan madrasah 5 mac 2008)


(Gambar pembinaan madrasah 29 disember 2008)


Hj. Wan Yusoff Bin Wan Abdullah
Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quran
Kg. Tok Junoh, Bachok,
Kelantan
Tel: 019 912 3575



Sumber: http://www.timefree.net