Assalamualaikum

Laman ini sekadar membantu mempromosikan permohonan sumbangan derma untuk pembangunan masjid, surau, madrasah dan lain-lain.

Sumbangan derma adalah terus kepada pihak yang memohon sumbangan, bukannya melalui pengurusan laman web ini. Kami hanya sekadar membantu menyiarkan rayuan derma dan tidak terlibat dalam mana-mana urusan mengutip derma.

"sumbanglah untuk pembangunan ummah"

Terima kasih.

Rayauan Derma Pembinaan Surau Fatimah Az-Zahra' Taman Desa Gemilang Gombak


MEMOHON SUMBANGAN/DERMA UNTUK TABUNG PEMBINAAN SURAU FATIMAH AZ-ZAHRA’ TAMAN DESA GEMILANG, SUNGAI PUSU, MUKIM SETAPAK, JALAN GOMBAK, 53100 GOMBAK SELANGOR DARUL EHSAN

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

Pihak Surau Fatimah Az-Zahra’ telah mendapat kelulusan pembinaan daripada pihak JAIS (Rujukan : Bil.(34) dlm.JAI.Sel.BPM/01/030/8 bertarikh 28 November 2008 ) dan kelulusan pungutan khairat/derma untuk pembinaan daripada MAIS (Rujukan : Bil (7) MAIS/KP/BPM/93-4/002/12-3 Jld bertarikh 4 Februari 2009 ) bagi tujuan ini.

Kami berharap sekiranya ada pelawat blog ini yang ingin membuat sumbangan dan derma, dapatlah berhubung terus dengan Dr Azam (Pengerusi Jawatankuasa Derma) ditalian 012-3591078 bagi tujuan tersebut. Sumbangan anda amatlah kami alu-alukan.


LATAR BELAKANG

PERINGKAT 1
Taman Desa Gemilang merupakan sebuah taman perumahan baru yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Jumlah Keseluruhan unit kediaman yang telah siap dibina ialah sebanyak 310 unit. (240 unit rumah teres Fasa 1 dan 70 unit rumah teres Fasa 2). Jumlah penduduk yang menetap di taman ini dianggarkan seramai 350 orang (sehingga Mac 2009) yang keseluruhannya beragama Islam. Selain daripada itu, pihak pemaju juga di dalam peringkat awal pembinaan unit-unit pangsapuri yang bakal meningkatkan lagi jumlah qariah

Pada peringkat awal, penduduk menggunakan sebuah unit rumah kediaman lot tepi yang diwakafkan oleh pemiliknya untuk dijadikan surau sementara. Kemudian dipasang tiga (3) buah kanopi di bahagian luar unit kediaman tersebut dan disimen lantainya bertujuan meluaskan ruangan solat. Solat berjamaah dan aktiviti dinniyah yang lain dijalankan pada keupayaan terhad selama satu tahun di surau tersebut.

Di kesempatan ini kami (warga penduduk) ingin merakamkan penghargaan yang tak terhingga kepada yang berbahagia pemilik rumah yang beralamat No.1, Jalan DG1/3., Taman Desa Gemilang di atas kemurahan hatinya mewakafkan harta beliau menjadi tapak asas bagi Surau Fatimah Az-Zahra’, Taman Desa Gemilang.

PERINGKAT 2
Bagi melunaskan kewajiban fardhu kifayah, ahli jawatankuasa Surau Fatimah Az-Zahra’ bersama para penduduk yang lain telah bermuafakat untuk memindahkan tiga (3) buah kanopi yang sedia ada ke tapak surau kekal di alamat Lot 4980, Jalan DG1/5, Taman Desa Gemilang dan ianya dijadikan sebagai surau sementara sehingga pembinaan cadangan surau kekal ini menjadi suatu hal yang nyata.

Sesuai dengan namanya, terdapat banyak kekurangan pada surau berasaskan kanopi ini iaitu:

* Tiadanya ruang yang selesa bagi menampung jamaah muslimah.
* Tiada kemudahan tandas
* Basah akibat tempias ketika hujan
* Sambungan Elektrik sementara. Di atas permohonan penduduk, pihak pemaju telah bermurah hati membenarkan penyambungan elektrik dan bekalan air disambung dari unit rumah milik mereka yang berdekatan. Walaupun demikian, unit rumah berkenaan adalah unit dalam proses tawaran untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.

PERINGKAT 3
Sehubungan dengan hal tersebut, satu jawatankuasa khas telah dibentuk bagi merealisasikan pembinaan sebuah surau kekal di Taman Desa Gemilang ini. Pada waktu ini jawatankuasa yang telah dilantik telah menyusun rangka strategi bagi melicinkan urusan pembinaan. Urusan terbesar ketika ini adalah untuk mendapatkan dana bagi tujuan pembinaan.


Rujukan: www.sfazdg.wordpress.com

1 comments:

Post a Comment